BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

welkem^^

Thursday, February 26, 2009

teringat kisah lama..^_-

tyme ngah customize folders dalam laptop, aq terjumpa file word bertajuk 'perihal diri sendiri' huhuhu..teringat balik tyme aq tulis benda neyh..actually dulu aq ditawarkan masuk ke Kolej Mara Kuala Nerang (matrix). so, aq kna tulis satu essay untuk memungkinkan aq masuk kolej neyh..maka menulislah aq dengan penuh semangat..and here it come.







PERIHAL DIRI SENDIRI, PERANCANGAN BELAJAR DAN KERJAYA

Jika saya ditanya tentang perihal diri saya, saya akan mengatakan bahawa saya berasal dari sebuah keluarga sederhana yang tinggal di Kg Pasar Lama Pasir Tumboh,Kota Bharu Kelantan. Dilahirkan pada 23 Februari 1990 di Kg. Pasar Lama, Pasir Tumboh, saya merupakan anak kedua dari enam beradik dalam keluarga saya. Saya mempunyai seorang abang yang masih lagi menuntut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok dalam jurusan kejuruteraan berat. Manakala adik beradik saya yang lain pula masih lagi menuntut di Sek. Men. Keb. Kubang Kerian 2 dan Sek. Keb. Kubang Kerian 2 dalam tingkatan empat,dua dan darjah lima serta seorang adik bongsu yang belajar di tabika Kemas Kg. Chicha

Mengenai diri saya pula, saya merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang baru menamatkan pengajian saya dalam tingkatan 5 di SMK. Kubang Kerian 2. Dalam peperiksaan SPM yang saya duduki, saya memperoleh 6A1, 3B3 dan 2C6 iaitu A1 dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Enggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Seni. Manakala B3 dalam matapelajaran Fizik, Biologi dan English in Science and Technology (EST). C6 pula dalam matapelajaran Matematik Tambahan dan Kimia. Dalam peperiksaan PMR pula saya mendapat 5A 3B dan dalam peperiksaan UPSR, saya mendapat 2A 3B.

Bagi saya, saya amat sukakan cabaran. Oleh yang demikaian, saya telah membuat keputusan untuk menambah satu matapelajaran semasa pengajian saya iaitu matapelajaran Pendidikan Seni (PS) menjadikan saya satu-satunya pelajar aliran sains tulen yang mengambil PS. Keputusan yang saya buat menyebabkan saya terpaksa berusaha dalam banyak aspek contohnya saya terpaksa berada di sekolah sehingga lewat petang semata-mata untuk menyiapkan projek seni saya. Dalam aspek masa pula saya perlu menganjakkan diri saya untuk lebih efisyen dalam mengikuti semua kelas yang diadakan agar saya tidak ketinggalan .Disebabkan saya merupakan minoriti di dalam kelas yang mengambil subjek PS, maka pihak sekolah tidak memperuntukkan masa bagi subjek tersebut dalam jadual kelas saya. Justeru saya perlu bijak menguruskan masa saya untuk mengikuti kelas seni dengan menggunakan masa senggang atau masa ketiadaan guru untuk mengikuti kelas seni. Saya juga terpaksa mengorbankan masa rehat saya untuk mengikuti kelas seni. Namun bagi saya semua usaha saya berbaloi setelah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran ini. Kebanggaan bagi saya apabila saya mencipta rekod menjadi satu-satunya pelajar subjek seni yang mendapat keputusan A1 di sekolah saya.

Berhubung kegiatan kokurikulum pula, saya banyak mengikuti aktiviti yang diadakan. Saya telah menganggotai pasukan beruniform Bulan Sabit Merah dan dalam persatuan ini saya telah banyak berkhidmat sebagai pembantu perubatan dalam pelbagai kejohanan sukan yang diadakan seperti kejohanan Majlis Sukan Sukan Kelantan (MSSK). Tahap tertinggi yang pernah saya sertai adalah peringkat negeri dimana saya diberikan tugas sebagai pembantu perubatan. Dalam persatuan ini saya memegang jawatan ahli jawatankuasa (AJK). Dalam kegiatan kelab pula saya menganggotai kelab komputer di mana kami diberikan kesempatan untuk mengenali perisian komputer dengan lebih dekat. Selain itu saya banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti kuiz atau program yang dianjurkan pihak luar seperti kuiz sains kesihatan dan program Rakan Sains yang dianjurkan oleh Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia. Di peringkat sekolah pula saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan aktiviti perpustakaan dengan dilantik sebagai pengerusi 3 perpustakaan. Bagi saya penglibatan saya dalam perpustakaan juga merupakan rekod buat saya setelah saya diberi peluang untuk menjadi pustakawan selama lima tahun berturut-turut bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi penolong Ketua Pengarang dalam Sidang Redaksi yang berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menghasilkan majalah sekolah. Dalam majalah bulanan sekolah pula saya telah menjadi jurugrafik yang bertanggunjawab menceria dan menyusun atur maklumat dalam majalah tersebut.

Berhubung dengan perancangan belajar dan kerjaya pula, saya merancang untuk mengambil matapelajaran yang membolehkan saya mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang ahli perubatan. Oleh yang demikian saya perlu meningkatkan usaha saya agar matlamat saya berjaya. Di peringkat matrikulasi, saya akan berusaha agar mendapat keputusan yang cemerlang untuk memungkinkan saya mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian saya di peringkat ijazah dalam jurusan perubatan di universiti dalam negara mahupun luar negara. Seterusnya saya akan meneruskan pengajian saya di peringkat master sebelum saya menamatkan pengajian saya di peringkat Ph.D untuk membolehkan saya mendapat gelaran doktor. Berhubung dengan matlamat saya untuk menjadi ahli perubatan yang saya nyatakan ialah saya ingin menjadi ahli perubatan dalam bidang bio perubatan. Pembangunan dalam bidang bioteknologi pada masa kini menunjukkan pasaran yang luas apatah lagi dengan pembangunan teknologi yang memungkinkan segala ubatan dapat dihasilkan untuk merawat segala jenis penyakit termasuk kanser dengan penyelidikan dalam bio perubatan dan dengan penggunaan alatan teknologi masa kini. Bidang bioteknologi di Malaysia telah berkembang pesat apatah lagi dengan penubuhan Bio Valley Malaysia. Pelaburan dalam bidang ini dianggarkan bernilai RM 50 billion ringgit yang mampu menjana pembangunan ekonomi Negara. Oleh yang demikian, tenaga kerja dalam bidang bioteknologi amatlah di perlukan agar jumlah pelaburan yang dilaburkan dapat dimanfaatkan.




aq manage tuk masuk kmkn..tapi just for 2 months..sbb nyer? aq dapat tawaran masuk IPBA!

satu lagi benda yg aq ingat ialah 2 hari before aq daftar masuk kmkn, nenek aq telah pergi meninggalkan kami semua kat dunia neyh..al-fatihah..
sedikit sebanyak, itulah sejarah hidup aq..and im proud of it! to be here, it is an honour for me.
after my hard time, i manage to put myself in better level..hopefully i will achieve success!

0 kalam yg berbicara: