BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

welkem^^

Saturday, January 10, 2009

the day i went there

hari neyh hari yang bermakna bagi aq..pepagi lagi aq dah bgun..siapkan diri untuk ke Stadium Melawati Shah Alam. tujuannya hanya satu, mengambil bahagian dalam demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Aman Palestine..before leaving, aq hazami n wan pegi surau tuk siapkan banner kitaorunk.



perjalan dari ipba ke stadium melawati agak jauh gak ar..naek lenguh lutut aq berdidri dalam train masa odw ke shah alam..tapi lenguh yang aq rasa langsung x seberapa jika dibandingkan dengan apa yang saudara2 kita rasakan di Palestine. sampai je kat stesen KTM Shah Alam, kami cari teksi n terus ke stadium..



masa nak masuk ke stadium, aq dah dihidangkan dengan situasi yang menaikan lagi semangat aq untuk demo ney..laluan ke pintu masuk stadium dihamparkan dengan hamparan bendera israel..aq pijak, aq penyek! israel laknatullah benar2 dah merampas keamanan saudara kita..



saat aq melangkah masuk stadium, jiwa aq bergetar..laungan Allahuakbar bergema memenuhi setiap ruang stadium..alunan lagu yang menyaksikan penderitaan bangsa umat islam Palestine merentap jiwa aq..hati aq terusik..lantas aq berfikir..mereka semua saudara aq, tapi apa sumbangan aq kepada mereka? atau aq hanya sekadar mengirim rasa simpati buat mereka tanpa melakukan apa apa?



bingkisan doa oleh imam memohon pertolongan tuhan membantu umat islam buat stadium sunyi sebentar. pilu hati aq mendengar doa..esakkan imam buat aq bertambah pilu..
"Ya Allah, Kau bantulah ummatMu"



betapa menderita saudara kita x kan pernah kita rasai kerana kita berada dalam lingkungan yang selesa..pengaruh nafsu buat kita buta tentang tanggungjawab kita terhadap saudara kita yang laen meletakkan kita pada tahap jahil yg sangat tinggi..demo aman neyh ditamatkan dengan aktiviti melontar kasut ke muka2 tali barut setan laknatullah (bush especially)..hancur berkecai patung2 tue dibelasah..



abis je demo, kami jalan2 kat gerai2 yang ada di sekitar stadium..aq tertarik dengan banner yg menghuraikan sejarah islam, harga dye suploh hengget jerk, tapi dah habis dijual..then kami usha2 le item laen yang bro tue jual, kami sumer tertarik mendengar penjelasan abng tue tentang apa yang dah israel dah buat pada saudara kita.. cerita punya cerita, kami pun sepakat nak beli cd tentang sejarah islam yang abng tue jual ( untuk dibuat tayangan perdana kat surau Al-Ghazali IPBA) Alhamdulillah, bila abg tue tahu kami nak buat tayangan perdana, dye sedekahkan je cd tue kat kami..semoga keikhlasan abg tue dibalas dengan kasih sayang Allah..



kami balik lebeyh kurang kul 3..alhamdulillah, aq rasa bersyukur sangat dapat meluangkan sedikit masa untuk demo neyh..aq insan yg lemah, ini je yang aq mampu buat untuk membantu saudara2 aq..semoga Allah memberi aq kekuatan..



buat teman temanku ridhuan, imran, hazami, ismail, rahman dan asyraff terima kasih buat kalian kerana bersamaku mengembara di jalan Allah. semoga Allah terus membuka hati kalian agar terus menyokong saudara2 kita..



mereka saudara kita





imran, wan, mail, rahman, aq, n hazami (usher as cameraman)





during the demo




kesedihan yg dialunkan

0 kalam yg berbicara: