Setiap insan x lepas dari punya perasaan marah dan kecewa. Ditambah dengan sifat temperamental mambuatkan aku seringkali dianggap sebagai seorang yang panas baran dan bad mood. Maaf jika aq sering buat kalian terasa hati. Cuma perasaan ini seringkali dibalut rasa marah lantas membuahkan perilaku yang tidak selesa buat kalian.
Sepanjang perjalanan aq menyelusuri hidup sebagai seorang insan mengajar aq mengerti kehadiran seorang teman.. betul teman. .kekadang teman membuatkan aq terasa amat dihargai dan ada masanya teman membuatkan aq begitu kecewa.
Memetik kata- kata imam shafie:
“aku menyanyangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku masih hidup atau selepas aku mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia kepadanya.”
Begitu aq berharap untuk punya sahabat..aq punya ramai teman, tapi aq buta dalam mencari sahabat. bagi ku, Sahabat sejati ibarat bintang di langit..jauh tapi masih dalam pandangan. Dalam kegelapan tapi masih begermalapan memberi keindahan buat yang memandang.
Apapun aq bersyukur punya teman yang setia disampingku..sabar dengan sikapku..dan sentiasa mengembirakanku..
*terima kasih buat saidatul untul hadiah nya…aq senang dengan keprihatinanmu..=)
0 kalam yg berbicara:
Post a Comment