BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

welkem^^

Friday, February 27, 2009

watak yang mehngong!

semalam, lebeyh kurang kol 10.30 group aq (aini afiqa zarepth jiani n syara) g kat foyer ipba tuk wat penggambaraan citer ss kami..huhuhu bapak lawak..banyak gak ar scene yang banyak kali kena ulang..gara gara pelakon asyik ketawa jerk (mcm mana x ketawa, dah suh wat scene lucu..ketawa ar)


citer kami actually sal violence toward men, violence against women n sexual harrasment. yang mehngong nyer aq lak yang kena jadi villain merangkap pelakon utama citer neyh..hohoho


watak aq memang giler..kat umah kena tunduk ngan wife, kat office lak menggatal ngan perempuan laen..(aq x macam tue, percayalah..kui3!)


wat penggambaran sampai lah kol 12 baru kami balik umah..huhuu gampang!





neyh dye husband yang teraniaya tue..(siap senyum lagi) hahaha pape je lah



last but not least,



no violence against men n women



no sexual harrasment



support our local production



...huhuhu cam lah aq punya production box office!

Thursday, February 26, 2009

teringat kisah lama..^_-

tyme ngah customize folders dalam laptop, aq terjumpa file word bertajuk 'perihal diri sendiri' huhuhu..teringat balik tyme aq tulis benda neyh..actually dulu aq ditawarkan masuk ke Kolej Mara Kuala Nerang (matrix). so, aq kna tulis satu essay untuk memungkinkan aq masuk kolej neyh..maka menulislah aq dengan penuh semangat..and here it come.







PERIHAL DIRI SENDIRI, PERANCANGAN BELAJAR DAN KERJAYA

Jika saya ditanya tentang perihal diri saya, saya akan mengatakan bahawa saya berasal dari sebuah keluarga sederhana yang tinggal di Kg Pasar Lama Pasir Tumboh,Kota Bharu Kelantan. Dilahirkan pada 23 Februari 1990 di Kg. Pasar Lama, Pasir Tumboh, saya merupakan anak kedua dari enam beradik dalam keluarga saya. Saya mempunyai seorang abang yang masih lagi menuntut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok dalam jurusan kejuruteraan berat. Manakala adik beradik saya yang lain pula masih lagi menuntut di Sek. Men. Keb. Kubang Kerian 2 dan Sek. Keb. Kubang Kerian 2 dalam tingkatan empat,dua dan darjah lima serta seorang adik bongsu yang belajar di tabika Kemas Kg. Chicha

Mengenai diri saya pula, saya merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang baru menamatkan pengajian saya dalam tingkatan 5 di SMK. Kubang Kerian 2. Dalam peperiksaan SPM yang saya duduki, saya memperoleh 6A1, 3B3 dan 2C6 iaitu A1 dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Enggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Seni. Manakala B3 dalam matapelajaran Fizik, Biologi dan English in Science and Technology (EST). C6 pula dalam matapelajaran Matematik Tambahan dan Kimia. Dalam peperiksaan PMR pula saya mendapat 5A 3B dan dalam peperiksaan UPSR, saya mendapat 2A 3B.

Bagi saya, saya amat sukakan cabaran. Oleh yang demikaian, saya telah membuat keputusan untuk menambah satu matapelajaran semasa pengajian saya iaitu matapelajaran Pendidikan Seni (PS) menjadikan saya satu-satunya pelajar aliran sains tulen yang mengambil PS. Keputusan yang saya buat menyebabkan saya terpaksa berusaha dalam banyak aspek contohnya saya terpaksa berada di sekolah sehingga lewat petang semata-mata untuk menyiapkan projek seni saya. Dalam aspek masa pula saya perlu menganjakkan diri saya untuk lebih efisyen dalam mengikuti semua kelas yang diadakan agar saya tidak ketinggalan .Disebabkan saya merupakan minoriti di dalam kelas yang mengambil subjek PS, maka pihak sekolah tidak memperuntukkan masa bagi subjek tersebut dalam jadual kelas saya. Justeru saya perlu bijak menguruskan masa saya untuk mengikuti kelas seni dengan menggunakan masa senggang atau masa ketiadaan guru untuk mengikuti kelas seni. Saya juga terpaksa mengorbankan masa rehat saya untuk mengikuti kelas seni. Namun bagi saya semua usaha saya berbaloi setelah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran ini. Kebanggaan bagi saya apabila saya mencipta rekod menjadi satu-satunya pelajar subjek seni yang mendapat keputusan A1 di sekolah saya.

Berhubung kegiatan kokurikulum pula, saya banyak mengikuti aktiviti yang diadakan. Saya telah menganggotai pasukan beruniform Bulan Sabit Merah dan dalam persatuan ini saya telah banyak berkhidmat sebagai pembantu perubatan dalam pelbagai kejohanan sukan yang diadakan seperti kejohanan Majlis Sukan Sukan Kelantan (MSSK). Tahap tertinggi yang pernah saya sertai adalah peringkat negeri dimana saya diberikan tugas sebagai pembantu perubatan. Dalam persatuan ini saya memegang jawatan ahli jawatankuasa (AJK). Dalam kegiatan kelab pula saya menganggotai kelab komputer di mana kami diberikan kesempatan untuk mengenali perisian komputer dengan lebih dekat. Selain itu saya banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti kuiz atau program yang dianjurkan pihak luar seperti kuiz sains kesihatan dan program Rakan Sains yang dianjurkan oleh Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia. Di peringkat sekolah pula saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan aktiviti perpustakaan dengan dilantik sebagai pengerusi 3 perpustakaan. Bagi saya penglibatan saya dalam perpustakaan juga merupakan rekod buat saya setelah saya diberi peluang untuk menjadi pustakawan selama lima tahun berturut-turut bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi penolong Ketua Pengarang dalam Sidang Redaksi yang berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menghasilkan majalah sekolah. Dalam majalah bulanan sekolah pula saya telah menjadi jurugrafik yang bertanggunjawab menceria dan menyusun atur maklumat dalam majalah tersebut.

Berhubung dengan perancangan belajar dan kerjaya pula, saya merancang untuk mengambil matapelajaran yang membolehkan saya mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang ahli perubatan. Oleh yang demikian saya perlu meningkatkan usaha saya agar matlamat saya berjaya. Di peringkat matrikulasi, saya akan berusaha agar mendapat keputusan yang cemerlang untuk memungkinkan saya mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian saya di peringkat ijazah dalam jurusan perubatan di universiti dalam negara mahupun luar negara. Seterusnya saya akan meneruskan pengajian saya di peringkat master sebelum saya menamatkan pengajian saya di peringkat Ph.D untuk membolehkan saya mendapat gelaran doktor. Berhubung dengan matlamat saya untuk menjadi ahli perubatan yang saya nyatakan ialah saya ingin menjadi ahli perubatan dalam bidang bio perubatan. Pembangunan dalam bidang bioteknologi pada masa kini menunjukkan pasaran yang luas apatah lagi dengan pembangunan teknologi yang memungkinkan segala ubatan dapat dihasilkan untuk merawat segala jenis penyakit termasuk kanser dengan penyelidikan dalam bio perubatan dan dengan penggunaan alatan teknologi masa kini. Bidang bioteknologi di Malaysia telah berkembang pesat apatah lagi dengan penubuhan Bio Valley Malaysia. Pelaburan dalam bidang ini dianggarkan bernilai RM 50 billion ringgit yang mampu menjana pembangunan ekonomi Negara. Oleh yang demikian, tenaga kerja dalam bidang bioteknologi amatlah di perlukan agar jumlah pelaburan yang dilaburkan dapat dimanfaatkan.




aq manage tuk masuk kmkn..tapi just for 2 months..sbb nyer? aq dapat tawaran masuk IPBA!

satu lagi benda yg aq ingat ialah 2 hari before aq daftar masuk kmkn, nenek aq telah pergi meninggalkan kami semua kat dunia neyh..al-fatihah..
sedikit sebanyak, itulah sejarah hidup aq..and im proud of it! to be here, it is an honour for me.
after my hard time, i manage to put myself in better level..hopefully i will achieve success!

Wednesday, February 25, 2009

gaya hidup shy..urk!

bagi aq hidup kat ipba neyh dah mcm hidup kat umah sendiri..just x de family je disisi..benda penting tuk aq, setiap tempat yang aq tinggal, x kiralah kat umah betol ke, kat asrama ke kat hotel ke, even dalam tent..tempat tue kena kondusif..mmg betol2 kondusif..aq suka tengok benda yang teratur and cantik neyh..ia buat aq rasa hidup aq tersusun, sbb tue lah lau ada owng yang merosakkan keindahan suasana yang aq usahakan, aq akan mudah marah.


my study table..tmpat paling penting bg aq kat ipba neyh
tempat study..need to be tidy
tapi x lah bermaksud yang aq neyh selalu je nead and tidy.ada masa aq mlas gak nak letak benda in proper order, just maen baling camtu jer..tapi lepas tue aq akan susun balik..pernah sekali dalam seminggu aq x kemas langsung bilik aq..dah mcm tongkang pecah..mmg serabut. sampai aq nak bernyawa pun x puas!..sbb aq x kemas brang aq maka hidup aq pom x teratur la, barang asyik ilang jer..sampaikan wallet pun x tahu letak kat ne..mmg x teratur.


keperluan lelaki metroseksual..ek?

sbb tue aq perlukan suasana yg kemas dan teratur..so sesapa yang terasa hati tau kechik ati bila aq marah sebab x susun balik brang yang korunk guna, maaflah ek? heheh

himpunan tie aq..


tilam aq yang empuk..best giler tido..lebeyh2 lagi kay el slalu ujan akhir2 neyh..best giler ah!

birthday boy!

hahahaha
23 feb yg lalu
hari jadi aq yg ke 19
im growing old
tapi x pew
kitaran hidup
hope my life would be better
full with joy
n dirahmati Allah

my birthday!

hua2!

im 19 now... getting older!. this year my birthday filled with all sort of enjoyment. started with my housemate wishing me happy birthday make me felt verry happy. they sang the famous birthday song and make the house lived..huhuhu

right after 12 midnight, my handphone like singing as people sending me birthday messages! banyak giler msg yg masuk..sumer nyer wish aq happy birthday..sampai kol 2 aq layan phone tue..jawab panggilan phone and terima msg..rasa happy sangat, mmg terasa dihargai lah.

tengok key chain kitaorunk..sama kan?hehe saje beli yg sama

then keesokkan harinya aq mmg besemangat! pakai baju kemeja putih ngan neck tie hijau hadiah dari aini..fuh! gampang ar..budak2 sumer kata lawa..(naek bangga aq jap..subhanaAllah). kat kelas sekali lagi aq dapat nyanyian happt birthday dari classmate aq. tyme tue lesson ldv, mr. mark pun join skali wish aq happy birthday..mmg gampang ar

hari tue mmg best..sbb nyer? hari tue hanya ada satu subject je...tue pun 2 period je dari kol 8 sampai kol 10..then lepas tue free. mmg happy! mana x nye, lecturer x dew..hidup ini bagaikan ana yang punya huhuhuhu. hari tue aq balik awal..(neyh first tyme aq balik awal) hahahah ponteng kelas..kat umah (kat atas katil lebeyh tepat lagi) aq buat panggilan kat kawan aq. (panggilan percuma sempena hari jadi dari celcom) hampir 4 jam aq bercakap. sumer kawan aq call..yang ex kmkn especially.

lepas tue lbeyh kurang kol 3, wan ajak aq g mid..dye belanja aq tengok upin n ipin..wah! seronok giler..tyme tue imah n nor ikut sekali..diorang pom ada bagi gak hadiah kat aq, mmg cute.tq gurls!..berbalik pada citer upin ipin tadi..citer tu mmg best! full with jokes n adventure..btw budak2 mmg ramai giler..that makes me felt young again..hehehe^-^

citer neyh wat aq gelak habes la!

lepas tue balik umah terus ada kelas ganti islamic studies kat surau..hahaha mmg la penat sket tapi x pe sbb aq dah enjoy sepanjang hari tue..my day ends when i fall in sleep wwhen i was dreaming of what had happen today..hehehe


yang neyh my first presents..from aini n fiqa..tq gurls!=)



yang neyh lak kawan aq dari pismp ks yang bagi..mekasih kila!

compilation of my presents



hadiah dari syamim! pink strawberi..hahaha mekasih2!



my first skarft..beli kat my tie..imah kata lawa, tq imah


fisrt tyme i get lolipop for my birthday..besar lak tue.. tq nuar



ha! yg neyh dari imah..masa kitaorunk g mid tengok wayang...mekasih2!



sempat posim before masuk hall..hehehhe

actually ada bnyak lagi..x sempat upload..tq kat nor sebab bagi button monkey yg cute then kekawan yang wish me happy birthday
thanz a lot
lagu happy birthday yang budak2 umah aq nyanyi mmg best
gempak ar korunk
mekasih bebanyak!!
tq tq huhuhu

Tuesday, February 17, 2009

pergh!!!!

pergh!
hidop neyh x selalu manis kan? kekadang kita perlukan kepahitan untuk mengajar kita erti menghayati kebhagiaan...benda yg elok x semestinya akan elok sepanjang masa dan benda yg buruk x semestinya terus buruk selamanya...so hari neyh aq nak share tntang sesuatu tentng apa yg orang pikir sal aq..bukan maksud aq tuk mngadu tau menidakkan apa yg orang tulis tntang aq, just aq nak share pandangan aq sekaligus membaiki diri aq...
apa yg yang nak aq share ialah tentang satu paper yg merungkai pandangan orang tentang aq..yesterday, tyme ldv kami ada wat satu aktiviti ngan lecturer. aktivi ney dimulakan ngan kita pass paper yg ditulis nama kita kat kekawan kita..kita lak aq kan dapat paper dari kawan kita yg laen dan kita akan tulis apa yg kita rasa tentang kawan kita tue atas paper tue, lepas tu paper tue akan di pass kat kawan kita first tadi..begitulah seterusnya sampailah kita dapat kertas kita balik.


dan aq merupakan orang yang terakhir mendapat paper aq balik lepas sumer orang selesai menulis pandangan diorang..yerp! im quite happy with what peolpe think bout me..just a few things that i think i need to improve bout myself..what it is? i am temperamental person and i think peolpe didnt like my temperamental behaviour... i just dont know how im going to improve myself to be better person and i really need help...sometimes i felt that im alone and nobody near to me..dats why im easy to shift my mood! and people alsways judge me as moody person..
argh!!

here..take a read.

1.naughty
2.friendly
3.a good leader
4.handsome
5.capable
6.kind
7.responsible
8.good friend
9.hardworking
10.responsible
11.serious
12.hardworking
13.blog lover
14.talented
15.mix emotion
16.confident
17.out-spoken
18.friendly
19.good in works
20.explode-sometimes la
21.can be in serious mood!
22.mr.whatever
23.mr.shy=)
24.friendly+confident+nice friend..^-^
25.confident and responsible
26.handsome
27.responsible
28.hardworking
29.talkative
30.shy is shy, isn't?
31.hardworking
32.outspoken
33.good leader+funny
34.good leader
35.outstanding
36.friendly
37.great guy
38.nice
39.unexpected
40.confident
41.nice
42.good friend..be a 'betterer'
43.friendly
44.good but..good hahaha
45.cooperative
46.outspoken
47.responsible n good looking
48.funny and responsible
49.nice to be with
50.very cool=)

hargh!! dats all..thanks btw..thanks for be honest!! ^_-!!

FRIENDS FOREVER!

apa yg penting?....kerjasama!


my story, ur story, our story


Monday, February 16, 2009

keinginan memuncak!

wargh! hahahah satu lagi keje gila yang aq buat untuk bulan neyh..disebabkan keinginan yang memuncak untuk menonton ong bak 2, aq rela berkejar ke mid lepas assembly yg tamat kul 4..bapak penat, tapi x pa sebab aq akan enjoy tengok citer neyh!

kelas hari neyh tamat kul 1.15..hehehhe yg x best nyer sal school day hari neyh, aq buat kesilapan bodow yg membuatkan diri aq diketawakan oleh orang ramai. tahu apa kesalahan yang aq buat? aq x concentrate tyme study sehinggakan tyme lecturer tanya aq soklan, aq jawab soklan yg dah dijawab dan bukan soklan yg ditanya..naseb baek mdm x perasan, just kawan2 aq jer yg ketawa coz diowang tahu aq wat salah!
huh! malu giler..
then lepas kelas, aq balik umah jap sebelom g main hall tuk monthly assembly. yg menarik sal assembly hari neyh ialah tentang penyebaran informasi 6o min for earth hour.tentu korunk pom x penah dengar kan?
'earth hour' pada tahun neyh akan disambut pada 28 march. pada pukul 8.30 malam, sumer lampu seluruh di negara akan dipadamkan tuk menandakan bahawa dunia neyh bersatu tuk menentang global warming. perintis kpd earth hour neyh ialah sydney australia, dan pada tahun neyh malaysia juga akan bergelap pada jam 8.30 mlm pd 28 mac menandakan bahawa malaysia gak turut serta.
then persembahan oleh students year 4 mmg gampang..besh siot! lepas tu ada video presentation sal gaza, hampeh! si pali n ejat ( senior aq ) cakap aq nangis tengok video tue..ne adew...ngeh!

lepas tue, aq terus cepat2 balik umah, mandi, semayang dan terus gerak ke mid...huh! alhamdulillah, x ramai orng yg q beli tiket..lalallalallala, dengan senang hatinya aq beli tiket tuk ong bak 2 dan aq pilih seat yang agak kebelakang sket..(bapak enjoy! coz orang x ramai..cam cinema tue aq yg punya je..hahahah)

bagi aq citer tue best gak ar, full with actions ...bapak hebat tyme hero dye lawan, but for certain extand, citer neyh x begitu full...tahu aq cakap x full? coz hero dye mati tanpa bunuh villain. hampeh! and lagi satu, hero dye x penah pom jumpa makwe dye lepas berpisah (kapel tyme kecik)...jumpa sekali jer, hero wat derk, pastu belah! hahahhah pe da punya citer...
apapun aq enjoy tengok citer neyh..korunk patot tengok..then aq ingat nak tengok upin n ipin, tapi aq dah ter over belanja, so terpaksa la aq tunda niat aq tu..

aq sampai ipba lebeyh kurang kol 8.30. sebelom tue aq singgah kat pasar mala kerinchi.beli nasik ayam goreng...jumpa kawan aq si syamim, dye suh tunggu, tapi aq dah lewat coz x smayang lagi..so aq pom belah..hehehhehe

lepas solat mgrib aq ke surau ( dah lewat tuk usrah!)..pastu solat isyak dan terus balik umah..pastu pelagi? ngadap komp la!! hhahaah dan ini la dye, hasil dari aq mengadap komp tue
(pic tuk post neyh..ong bak2)

!

ong bak 2